Sudah sekian lama aku idamkan untuk
menjadi seorang penulis, tetapi tidak kutahu bagaimanakah caranya? `Apakah aku berbakat?’
Itulah yang sering aku katakan di dalam hati setiap kali kata-kata puitis yang aku
coretkan di atas kertas hanya dipandang sepi. Pen dan kertas memang tidak boleh
dipisahkan denganku. Ibarat lagu dan irama, seiring. Jika terbit saja ilham di
hati, pen dan kertas akan cepat kucari. Jari dengan pantas menulis kata-kata
puitis. Tetapi sayang, tiada siapa yang sudi membaca, dan akhirnya ia terbiar
begitu saja. Lebih parah, bila dibuang sahaja ke dalam tong sampah. Itulah aku,
sentiasa mensia-siakan anugerah yang diberikan olehNya.‘Arrrr… bagaimana ye…’
mengeluhku sendirian. ‘ Apa kata kalau
aku tulis sahaja di laman muka buku. Pasti ada kawan-kawanku yang suka atau
komen.’ Mungkin dengan cara ini dapat
aku kembangkan lagi bakatku yang sedia ada ini. `Boleh juga menjadi penghibur
mereka.’ Bisik hatiku lagi.
Di keesokkan harinya, seawal
pagi… aku memberanikan diri memulakan bicaraku dengan kata-kata di bahagian
status. Sahaja aku mulakan dengan
kata-kata jiwang. Memancing perhatian
mereka.
`Pandanglah ke arah mana pun
kita, Allah tetap bersama. Menangis, bersedih macam manapun pasti ada tawa di
hujungnya…’
`Kau berikan aku senyuman, lalu
kutersenyuman, namun saat kau hulurkan tanganmu aku tergamam. Mana mungkin kita
bersalaman sedangkan kita bukan muhrim. Maafkan aku…’
`Sayang…
andai jodohku untukmu akan kupertahankan cinta ini?’
Tak cukup dengan ayat-ayat
jiwang, aku tambah pula dengan beberapa rangkap pantun. Sambil menunggu balasan
komen dari rakan-rakan laman muka buku, aku layari status-status daripada
rakan-rakanku yang lain. Tiba-tiba...
“Oii,
Dila dah mula berjiwang karat ke, kau?” – Suraya Sulaiman.
“Dila,
kau bercinta lagi ke?”– Inda
“Oiii
Dila, dah buat tebiat ke kau?” – Mat Selayang.
“Hihihihihihi…
kawanku, ayat jiwangmu buatku teringat kenangan lama” – Amoi.
Bermacam komen yang kuterima. Aku
tersenyum apabila membacanya. Saban hari aku menulis kata-kata puitis di laman
muka buku. Ada yang memuji ada juga yang
mengeji. Tapi aku biarkan saja. Buat apa hendak dilayan mereka yang tidak tahu dan mengerti
insan seni seperti aku. `Seni ke?’
Ketawaku sendirian.Bermula dari situ, aku semakin berkeyakinan. Kata-kata semangat dari kawan-kawan di laman
muka buku, menjadikan aku semakin berani. Malah, jika tidak menulis, pasti mereka akan
menanyakan kenapa aku tidak menulis? `
Mati idea ke?’ tanya mereka.
Tidak pernah aku meyangka sama
sekali, segala tulisanku dan juga kata-kata puitisku menjadi perhatian daripada
seorang sahabat baru yang kukenal melalui laman muka buku. Dalam sibuk aku
melayari internet dan melihat status serta komen dari kawan-kawan di laman muka
buku, aku terlihat ada seseorang yang mengirim pesanan ingin menjadi rakan di bahagian
mesej.
“Salam
perkenalan” – Nm.
“Eh…
siapa ni? Eh, ini bukan ke penulis novel APUD. Teka ku. Tapi tak apalah, boleh dapat sahabat baru.”
“
Salam perkenalan kembali. Akak ni... penulis APUD ye, jujur saya kata... saya suka cara tulisan akak. Ringkas tapi padat dan menarik." – Nur Dila.
“Terima kasih sebab sudi baca hasil tulisan saya. Saya
suka dengan bahasa awak, puitis dan menarik. Kalau diasah dan digilap pasti
akan membuahkan hasil.” – Nm.
“Terima
kasih” – Nur Dila.
“Cubalah
bergabung dengan Group Mari Menulis, manalah tahu boleh dapatkan ilmu. Saya
perhatikan Dila ada bakat menulis. Cuba lah.” – Nm
.
“Insya
Allah dan terima kasih” – Nur Dila.
Tanpa membuang masa dan waktu,
aku segera mencari Group Mari Menulis yang diperkatakan oleh sahabat baruku
itu. `Ahh, ini dia.’ Pendaftaran Group Mari Menulis. Bengkel Asas Penulisan dan Belasah Karya.
`Ermmm… menarik’ kata hati kecilku dan terus membacanya satu persatu. Aku
perhatikan bila tharikhnya, 23/11/13 dan aku perhatikan pula tharikh di
kelendar yang tersedia ada di dalam bilikku, 20/10/13. `Oh, masih ada sebulan
lagi dari sekarang.’ Bisik hatiku lagi.
`Apa syaratnya ye?.’ Aku teruskan
lagi bacaanku. `Berapa pula harganya ye?’ Bermacam-macam bermain di mindaku
ketika itu. Perasaan membuak-buak ingin tahu membuatkan aku leka sebentar.
Lantas, tanpa membuang masa aku
memberanikan diri memulakan perkenalan. Alhamdulillah salamku disambut dan
seterusnya aku telah menjadi sahabat di dalam group Mari Menulis. Dengan
bermodalkan RM 50.00, bermulalah langkah pertama aku ke dunia baru. Dunia
penulisan. Dunia yang aku cari selama ini. Bukan lagi angan-angan, tapi
kepastian.` Yang penting aku suka.’ Itulah yang selalu kubisikkan ke dalam
sanubariku.
Dari situ bermulalah episodku,
mengarang dan menulis. Apa saja yang terlintas di mindaku segera aku letakkan
di bahagian status. Dari nada gembira bertukar duka, semuanya kuluahkan. Dan
yang paling mengembirakan hatiku, sahabat baru semakin bertambah dan yang aku
terasa amat berbangga sekali, apabila ramai juga penulis yang sudi menerima
salam perkenalan dariku. Ini menimbulkan kebangkitan semangatku yang membara.
Aku menjadi semakin yakin kini. Tidak mungkin aku berundur. Itu nekadku.
Semakin hari tulisanku menjadi
bahan bacaan mereka. Ada yang suka, ada yang memberi teguran dan nasihat, ada
yang perbaiki gaya olahan ayat. Semuanya aku terima dengan hati yang terbuka.
Bagiku selagi ilmu itu tidak berbau negetif, selagi itu akan kupelajari. Untuk
menjadi seorang novelis itu mungkin tidak. `Tapi siapa tahu, mungkin dengan
berkat dorongan para sahabat, mungkin suatu hari aku juga bergelar novelis.’`
Siapa tahu.’ Hati kecilku sekali lagi berkata.
Pepatah pun ada mengatakan,
`kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’ Kalau aku tidak mencubanya
sekarang, bila lagi. Peluang sudah ada, cuma hendak dengan tidak sahaja. `Tepuk dada tanya selera’.
Saban waktu, aku menghitung hari.
Penuh debaran, penuh semangat. Apatah lagi, dalam diam tak diam aku telah pun
menghasilkan cerpen, dengan hasil tulisanku sendiri. Untuk diserahkan kepada pihak group Mari
Menulis sebagai bahan untuk dibedah dan belasah karya. Betapa bangganya aku. Walaupun masih ada kesalahannya, tetapi tidak
mengapa, ini baru permulaan. `Wah… Dila,
dah boleh menulis kau rupanya.’ Lagi sekali hatiku berkata.
Tinggal seminggu lagi. Dalam seminggu itu bermacam-macam yang aku
fikirkan. `Apakah aku boleh menjadi
seperti mereka?’ dan aku mencuba menjaga kesihatan aku dengan sebaik mungkin
malangnya dugaan datang melanda, aku di serang demam panas. Segera aku mengambil ubat. Aku tidak mahu ianya mengganggu keinginanku
yang lama tersimpan. `Ya Allah, izinkan aku mencuba bakat yang
telah kau berikan padaku. Berikanlah kesihatan yang baik padaku. Tolonglah
hambamu ini Ya Allah’ doaku saban waktu, mahupun tika solat ataupun tidak.
Dari seminggu, berganjak ke tiga
hari… kemudian dua hari… kemudian hanya tinggal sehari sahaja lagi. Allahamdullilah, kesihatanku semakin pulih. Walaupun masih ada sisa batuk kedengaran tapi
aku yakin, esok pasti ada buatku. Aku
mula membuat sedikit persediaan. Pen,
buku nota dan tulisan-tulisan yang masih ada di simpanan aku telah pun aku
letakkan di dalam beg galasku. Peta dan
alamat tempat untuk diadakan bengkel juga telah disimpan di dalam telefon
bimbitku dan kupastikan juga bateri talefonku mempunyai kuasa yang
secukupnya. `Manalah tahu, kalau ada
sesi pengambaran bersama peserta ataupun dengan penulis novel, boleh aku
bergambar bersama.’ Anganku.
Sebelum aku memejamkan mata,
terfikir olehku bagaimanakah caranya
hendak ke sana nanti. Kalau memandu,
risau pula tidak jumpa jalannya. Jadi,
aku bulatkan hati untuk menaiki komuter sahaja. Terbayang sudah di kotak fikiranku, apa yang
akan aku lakukan untuk sampai ke sana dengan selamat dan tidak menyusahkan
sesiapa.
Jam loceng yang sentiasa berada
disisiku berbunyi, dengan segera aku bangun. Kedengaran sayup azan subuh berkumandang di
masjid yang berdekatan dengan rumahku. Selesai sahaja sembahyang subuh, aku
segera ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat anak-anakku. Kemudian aku segera menyiapkan diriku seadanya.
Sekali lagi aku berteka-teki dengan
diriku sendiri `mulut kata bawalah kereta, tapi hati kata jangan, nanti takut
sesat jalan, naik aja komuter… pasti selamat. Lalu kuturutkan kata hati.
Aku pandu keretaku hingga ke
Kepong Sentral. Dari situ aku akan menaiki komuter hingga ke K.L. Sentral, dan
seterusnya ke Taman Datuk Harun. Itulah
perancangan awalku. Aku perhatikan jam
di telefon bimbitku. `Arrr… masih awal
lagi, aku tercongak-congak mengira waktu. Insya Allah… moga selamat sampai.’ Doaku.
Perjalanan pada mulanya bergerak
dengan lancar sekali. Dalam hati
berbunga riang. Yang diimpikan kini
sudah semakin berada di gengaman. Ilmu
yang diberikan akanku jadikan azimat dan bekalan untukku mengembangkan bakat
yang sedia ada. Tersenyum aku sendirian.
Aku tiba di K.L Sentral seawal
jam 7.30 pagi. Aku singgah sebentar di 7
eleven. Hajat di hati pada mulanya ingin menaiki komuter seterusnya dan berhenti
di Taman Dato Harun, tetapi entah bagaimana aku terus keluar ke jalan besar dan
menahan sebuah teksi. Teksi tersebut
berhenti, dan aku pun membuka pintu hadapan lalu bertanya.
“Assalamualaikum
pak cik. Saya ni, nak ke Taman Sri Manja, boleh pak cik bawakan saya ke sana?”
Tanyaku.
“Oh…
naiklah nak.” Balas pak cik tersebut. Aku
pun memasuki ke dalam perut teksi dan teksi itupun terus meluncur lagu. Dalam hati masih lagi berbunga riang. `Harap sampai awal, nanti boleh sarapan pagi
dulu’ bisik hatiku. Aku perhatikan
sekelilingku, sudah berubah benar jalan di sini. Seingat aku 10 tahun yang lalu
aku biasa ke sini. Tapi, ialah zaman dah berubah, semakin bertambah maju. Perjalanan masih seperti biasa, aku sedikit
tidak merasa syak wasangka yang rupanya pak cik pemandu teksi ini tidak tahu
jalan yang hendak dituju. Di sini lah bermulanya episod dukaku.
“Eh…
pak cik kita ni kat mana, saya rasa macam dah lama sangat dalam teksi ni?
Tengok jam pun dah menunjukkan angka 8.00 pagi.?” Kataku
“Anak
nak kemana tadi?” soal pak cik teksi.
“Ohhh,
saya nak ke Perpustakaan Awam Taman Sri Manja.” Jawabku.
“Pak
cik, kenapa pak cik nak ke Taman Sentosa, saya nak ke Taman Sri Manja?
“Oh…
ye lah, terlepas simpang pula tadi, tak apa kita pusing semula.”
Aku sudah mula merasa tidak sedap
hati. Duduk aku pun sudah tidak tentu
arah, sekejap aku pusing ke kanan sekejap lagi ke kiri. Aku perhatikan tanda jalan. Lagi sekali aku bersuara.
“Pak
cik, pak cik tahu ke tidak jalan nak ke Taman Sri Manja ni?” soalku lagi. Kali
ini aku perasan yang nada suaraku sudah sedikit kasar.
“Pak
cik rasa dah betul dah simpang yang pak cik masuk ni nak? Tapi mana jalan PJS
3/32 ye?”
“Ehhh…
pak cik jangan tanya saya, saya lagi lah tak tahu. Kalau saya tahu buat apa
saya naik teksi. Baik saya pandu kereta saya sendiri. Tak, sekarang ni saya nak
tanya pak cik sekali lagi… pak cik tahu ke tak jalan kat sini? Pak cik bukan
orang sini ke?” Tanya ku lagi. Kali ini memang suaraku dah semakin tinggi dan
kasar.
“Memanglah
tempat pak cik, nak. Tapi tak tahu pulak ada perpustakaan, yang pak cik tahu…
tadika adalah” jawab pak cik tersebut.
“Cuba
anak tanya orang yang berniaga di tepi jalan tu, dia tahu tak?” kata pak cik tu
lagi. Dalam hati aku mula berkata, `eh… orang tua ni, aku pulak yang kena tanya
ke?’ Lalu pak cik teksi tu pun berhenti di bahu jalan. Aku pun turun dan
menghampiri mak cik tersebut lalu kuberikan salam.
“Assalamualaikum
mak cik. Mak cik saya nak tanya mak cik, tahu tak Perpustakaan Sri Manja kat
mana?” soalku.
“Mualaikummussalam,
maaf nak… mak cik pun tak tahu, nak.” Sambil mengeleng-gelengkan
kepalanya. Senang aja mak cik tu menjawabkan.
Hati dah mula sakit. Aku perhatikan jam sudah pun 8.30 pagi. Ada lagi setengah
jam, untuk aku sampai ke tempat yang hendak di tuju. Masuk kali ini sudah kali
kelima aku menanyakan soalan yang sama
kepada setiap peniaga di tepi jalan. Jawapannya tetap sama. `Tidak tahu’
Riak wajahku sudah bertukar
menjadi mendung. Dalam hati, sudah
bermacam-macam yang aku fikirkan. `Ya Allah, bantulah hambamu ini.
Permudahkanlah urusanku dan kau tunjukkanlah jalan arahku.’ Doaku dalam
hati. Aku mulakan perjalanan dengan
bacaan `Bismilahhirrahmannirrahim’. Nekadku dalam hati, akan kutemu juga tempat
yang hendak dituju. Biarlah lambat asal jangan tak sempat.
Cuaca di luar sudah menampakkan
sinaran mataharinya. Bagaimana sakitnya terkena bahang panas mentari, sakit
lagi hatiku di saat itu. Sekali lagi aku
pandang jam di telefon bimbitku. Niat
untuk bersarapan pagi musnah kini, kerana di waktu begini pun, aku masih belum lagi kelihatan papan
tanda jalan PJS 13/32. Setiap lorong
jalan kususuli, tapi tidak juga aku temui.
Sekali lagi aku bersuara.
“Pak
cik, pak cik tahu tak? Sudah berapa kali kita berpusing di tempat yang sama.
Tak kan lah pak cik langsung tak pernah masuk jalan ke sini. Habis tu buat apa
jadi pemandu teksi, kalau jalan di taman perumahan sendiri pun pak cik tak tahu?”
Pemandu teksi itu sedikit pun
tidak bersuara. Malah menambahkan sakit
di hati aku sahaja. Cubalah bayangkan, aku yang sudah terlewat ini, baginya macam tiada apa yang berlaku, boleh berlagu
lagi. Kemarahanku kian memuncak, dan aku
cuba untuk tidak berkurang ajar dengan orang tua. Namun aku bersuara juga setelah agak lama kubiar
pemandu teksi itu membawa teksinya tanpa haluan. Aku perhatikan di meter
tambang. Dalam hati mula timbul prasangka yang bukan-bukan. `Pak cik ni, nak
pekena aku ke?’
“Pak
cik, kalau pak cik dengan saya berada di negara China, tak apalah kita sesat.
Ini tidak, kita berada di Malaysia pak cik? Di bumi kita sendiri, di daerah pak
cik sendiri. Macam mana sampai pak cik tak tahu jalan di sini. Nampak sangat pak cik dan anak-anak pak cik
tak pernah ke perpustakaankan” tajam sindiranku.
“Tak apalah pak cik, ini akhir ihktiar saya…
kita gunakan `GPS’. Pak cik ikut sahaja arahan saya” kataku lagi.
Alhamdulillah, dengan berpandukan
alat `GPS’, ahkirnya perpustakaan yang kucari itu telah selamat aku temui.
Dalam hati timbul rasa kesal, kenapa dari awal lagi tidak aku gunakan sahaja
hikmatnya. Tetapi, ialah tak terlintas di akalku waktu memulakan perjalanan
tadi.
Masaalah timbul sekali lagi bila
masa aku ingin membayar tambang teksi tersebut. Terpampang jelas di depan
mataku harga yang perlu aku bayar. Aku hulurkan tiga keping wang kertas
rm10.00. Pak cik teksi tersebut memandang aku sambil berkata.
“Nak,
bayar kat pak cik rm10.00 sahaja sudah cukup.
Pak cik rasa kesal pula, sebabkan kelalaian pak cik, anak sudah
terlewat. Macam mana pak cik boleh tak
terlintas nak masuk lorong ni tadi.”
“Pak
cik, jangan macam tu… pagi ini rezeki pak cik. Pak cik ambillah… saya ikhlas,
Cuma saya minta, pak cik maafkan saya kerana bercakap kasar dengan pak
cik. Bukan apa pak cik, dalam menuntut
ilmu… kita tak boleh terlewat walau pun seminit. Pak cik tahu kenapa? Kerana
minit yang pertama itulah akan bermulanya langkah pertama kita untuk berjaya.
Itu yang selalu saya terapkan dalam hati saya. Tak apalah pak cik ambil duit
ni, saya ikhlas. Dan satu lagi… setiap apa pun pekerjaan yang kita buat biarlah
ihklas pak cik. Pekerjaan pak cik ni
mulia tau? Jadi janganlah pak cik sia-siakan. Selepas ini, rajin-rajinlah pusing-pusing di dalam
taman ni pak cik. Supaya tidak berlaku
lagi sejarah sesat di bumi sendiri.” Kataku panjang lebar. Pemandu teksi itu,
hanya tunduk terdiam tanpa sebarang kata.
Wang yang aku hulurkan di simpannya di dalam poket baju. Sekali lagi aku memohon maaf
sebelum keluar dari dalam teksi.
Pintu perpustakaan aku tolak, aku disambut
dengan senyuman oleh Puan Monalita Mansor, salam disambut. Di situ juga aku
bertemu dengan Ayahanda Chik dan juga Puan Aiza Zizan. Rupanya sesi bertemu
dengan penulis sudah pun bermula. Novelis Haiza Najwa sedang berceritakan
pengalaman beliau ketika menulis. Aku yang masih kebingungan hanya mampu
berdiam diri. Sakit hati masih terasa.
Tapi cuma seketika sahaja, selepas itu aku kembali ceria… segala ilmu
yang di berikan ku simpan rapi di ingatan.
Bukan senang untuk berjaya.
Mungkin ada rahmatnya di kemudian hari.
Siapa tahukan, suatu hari nanti aku juga akan menjadi seperti mereka. Seorang penulis yang dikenali ramai.
Di dalam bengkel tersebut berbagai
ilmu yang dapat aku pelajari. Bagaimana
ingin menggunakan tatabahasa yang betul dan sebagainya. Kata seorang guru, untuk menjadi penulis kita
perlu banyak membaca, berkawan dan juga berjalan. Dan perjalanan aku hari ini telah banyak
memberikan pengajaran kepada aku.
Tersesat di bumi sendiri mengajar
aku supaya lebih mengambil berat dengan persekitaran kita. Memang tak di duga, benda yang di depan mata
jarang untuk kita kenali, malah yang jauh sibuk pula kita mencari.
Majlis bersurai sekitar jam 4
petang. Terasa terlalu cepat waktu berlalu. Ilmu yang di beri amat berharga.
Terima kasih kepada mereka yang menjayakan Group Mari Menulis ini yang mana
dapat menyungkil bakat yang dianugerahkan dari Allah Taala. Ilmu yang dicurahkan
tidak ternilai dan hanya Allah yang dapat membalas jasa baik mereka. Sekali lagi terima kasih buat semua barisan
para admin. Terima kasih Group Mari
Menulis.
Hasil
Nurkilan.
Anak
Seni. Nur Dila
No comments:
Post a Comment