Saturday 16 August 2014

HUJAN


Hujan...
kau turun lagi
membasahi bumi ini
dan aku masih di sini
mencari matlamat diri
apakah akan dapat aku penuhi?
mencari apa yang diingini

Hujan...
bila gerimismu berhenti
mentari pastikan bersinar lagi
dan aku tetap di sini
berdiri dan mencari
sebuah harga diri
apakah dapat dipenuhi?
impian yang abadi
impian yang hakiki
hanya Allah yang maha mengetahui.




BISU

Hati ini, sayang
Jiwa ini, rindu
Fikiran ini melayang
Tidak tahu mana arah yang dituju


Tinggi harapan
Teguh penantian
Tersadung tergolek
Duduk bangun
Di atas pangkin
Apakah mungkin?

Alpaan ini
Mengapai semangat
Pada kelamnya awan
Pada terangnya rambulan
Pada alam yang satu
Pada dingin yang kalbu

Rindu
Menggebu
Pilu
Sayu
Air mata gugur satu persatu
Engkau tetap diam kaku
Bisu

HUJAN DAN AIRMATA

Hujan
Kau hadir membasahi bumi

Tatkala hati diburu resah
Resah yang tiada kesudahan

Resah yang kian menghimpit perasaan

Hujan
Kau hadir membasahi bumi

Airmata kasih membanjiri pipi
Tiada yang mengerti atau cuba menghampiri 
Tatkala sunyi membelenggu diri.

Hujan dan airmata 

membasahi tanpa henti.
Begitu jua doa dan harapan.

Seiring segunung permata impian.
Tergadai tidak?
Terbuang pun bukan?

UNTUKMU MH370

Malam ini biarlah kita semua menangis,
menangis dan menangis,
berdoa dan terus berdoa,
Apakah salah jika ada air di mata ini?
Biarpun apa yang kau fikirkan,
akan aku luahkan segalanya,
dalam diriku,
Ku laungkan suara ke langit,
Ku meratap sayu di bumi,
Ku limpahkan airmata di lautan,
Ku panjatkan doa kepada-Nya,
Agar dipermudahkan segala,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Aku meminta dari dasar hati ini,
Ketemukanlah MH 370,
Dengan apa cara sekalipun.
Aamiin.

Wednesday 16 April 2014

INSYA-ALLAH

Saat aku jatuh cinta
Hati tidak pernah berpaling tadah
Jiwa sentiasa menadah
Agar kasih di permudah.

Namun ujian datang menerjah
Kau tiba berpaling tadah
Tiada lagi kata bermadah
Yang tinggal cuma jerkah.

Lantas aku hilang arah
Menangis tiada sudah
Penat menongkah arah
Aku langsung tidak menyerah.

Kau pergi tinggal aku tak kisah
Tiada tangis apatah lagi duka
Aku ditinggal masih bahagia
Walau ada sisa derita.

Pada yang Esa aku menadah
Mohon rahmat di permudah
Jarum waktu sebagai penentu
Cinta yang lain pasti datang bertemu.

INSYA-ALLAH.

Monday 17 March 2014

KUPELUK RINDU


Kuluahkan rasa sayang,
Kuluahkan rasa cinta,
Namun yang jelas terbayang,
Hanya senyuman tanpa suara,
Apakah itu tandanya kau cinta?
Cahaya di matamu membuatku terpaku,
Gerakkan di bibirmu membuatku kelu,
Kerana cintamu yang kumahu,
Kerana dirimu yang kurindu,
Biarlah menjadi rahsia di hatiku,


Kuintai namaku di sebalik rambulan,
Namun sayang tidak kelihatan, 
Akhirnya kupeluk rindu dalam senyuman,
Dan bila hujan turun lagi,
Lagu kasih pasti bertemu,
Dalam sendu kupeluk rindu.

Khilafku

memang khilafku menyayangi mu..
memang khilafku mencintaimu..
Tapi ku tahu semua itu 
cintamu tak kumiliki

bukan ku pinta segunung janji..
bukan ku pinta jadi begini
cuma ku ingin setulus kasih 
sejernih cahaya cinta di hati

memang ku rindu saat bersamamu..
memang tak mampu melupakanmu..
tapi ku tahu semua itu..
takkan kembali lagi..

oh..oh  senyum mu 
enggan pergi..
tawa mu mengiringi 
wajahmu ku terbayang..
hadirmu dalam mimpi 
umpama bidadari..
Potretmu ku tatapi..
mengharap kau kembali..

selamat tinggal pada kenangan..
selamat tinggal pada igauan..
terima kasih atas pengalaman
yang telah engkau tinggalkan.

Sunday 9 March 2014

TAMBATAN HATI


Cahaya suram menyinari di ufuk timur,
bulan pasti terbit berseri,
kasihmu mekar seharum bunga melur,
menambat cinta di hati bersemi.



Hati terpaut pada sinaran rambulan,
senyuman menambat di jiwa nan sepi,
hidup sentiasa ingin berteman,
agar hilang gusar di sanubari.



Tambatan jiwa di jantung hati,
makin bergetar cinta abadi,
kasih tertambat tidak terperi,
padamu Arjuna idaman Kesuma Dewi.


SEBUAH PENGERTIAN

SEBUAH PENGERTIAN

wahai sedulurku
usah diharap kasihnya aku
usah diharap sayangnya aku

usah dinanti pada setiaku
usah dirisik akan diriku

wahai sedulurku
jangan mengharap di langit yang cerah
jangan mengharap pada awan yang biru
jangan mengharap pada suramnya malam
jangan mengharap akan sinarnya bintang

wahai sedulurku
setiaku hanya pada yang satu
pengharapanku juga pada yang satu
mengharap aku jua pada yang satu

hanya pada-NYA yang satu.
ALLAH YANG SATU.

Saturday 8 March 2014

ASAM PEDASKU




Diperkenalkan pada awal tahun 2013, di mana saya sering di persoalkan oleh pelanggan saya bila tiba awal tahun baru dengan pertanyaan,

"Kak... tak ade menu baru ke?"

Pertanyaan inilah yang sering menghantui lena saya, sehinggalah di awal bulan Febuary yang mana anak lelaki saya dapat melanjutkan pelajarannya ke Kolej Vokasional Batu Pahat. Johor.

Di sinilah bermulanya kisah... (Jeng... jeng... jeng...)

Sepanjang perjalanan dari bandar Melaka ke Batu Pahat, apa yang saya lihat ketika memandu adalah deretan kedai makan yang tertulis `Kedai Asam Pedas Kak Kiah,' terus lagi pemanduan saya terlihat lagi sekali `Kedai Makan Asam Pedas Pak Leman,' boleh di katakan sepanjang pemanduan saya yang saya lihat kedai asam pedas sahaja.

Lalu saya pun bertanyakan pada suami saya tentang idea saya. Hampeh tau kalau bercakap dengan cik Somi ni, buat sakit hati. Bukan nak menyokong pendapat isterinya malah di cebeknya kita. `Tak apa, nanti kau' bisik saya dalam hati.

Tapikan, jujurlah saya cakap... tak sedap langsung asam pedasnya... mungkin tak kena dengan selera saya kot. Encik Somi jangan cakaplah... tukang masakkan, lagi kuat dia punya rungutan.

Bila balik Kuala Lumpur, keesokkan harinya saya pun memberanikan diri menumis kuah asam pedas mengikut resepi saya yang saya pelajari dari kenalan baik saya juga merupakan kakak saya. Hihihihi... nama glamournya Kak Bedah.. Bermula dari situlah asam pedas saya menjadi perhatian.

Ada yang tanya dengan saya resepinya. Mudah saja, bagi saya bahannya sama aje cuma kita tambahkan dengan alunan zikrullah dan niat dalam hati yang baik-baik sahaja. Dalam marah pun kalau kita selitkan sedikit selawat kita itu sudah memadai.

hihihihihi. sekian sahaja.




Sekadar Lukisan Wajah




Sekadar lukisan wajah. Lukisan ini di lukis pada tahun 2000. Dah lama dah, tak tahu le masih boleh melukis lagi atau tidak. sudah lama tidak di praktik kan. Hihihihihihi... comel tak?



Saturday 22 February 2014

Kembara dan Citra

Bahang mentari seperti gunung berapi yang pecah meletus mengeluarkan habanya. Perasaan ingin keluar berjimba-jimba bersama teman terpaksa dibatalkan.

Aku sendirian di kamar, sambil memerhati deretan kereta ibu yang terparkir di bawah garaj yang tersergam indahnya.

Tiada sesiapa pun yang sedar tika itu Citra dan Kembara sedang berbual mesra. Namun dalam k
emesraan masih terpalit kedukaan.

"Citra, untung kau sekarangkan. Disayang ibu. Kemana saja ibu pergi, pasti dengan kau," kata Kembara.

"Kenapa pulak? Kaulah untung. Tak perlu meredah panas mentari. Sedangkan aku berpeluh masam," balas Citra.

"Ya lah, dulu ibu selalu bawa aku. Aku tak pernah mengeluh. Panas terik, hujan ribut... semua aku redah. Badan aku sarat dengan muatan. Setiap tiga bulan ibu pasti bawa aku ke hospital. Badan aku di cuci, setiap ronggaku diselak, segala daki dibuang. Tapi... kini semuanya tinggal kenangan," keluh Kembara.

Sepi...

"Kau tau Citra, aku ibarat habis madu sepah dibuang," sambung Kembara lagi.

"Apa yang kau merepek ni? Ibu tak macam tu lah. Ibu sayang kau. Walaupun aku masih baru mengenal ibu, masih cuba mengikut rentak ibu... dan dari apa yang aku tahu, dia sayangkan kau."

"Pandailah kaukan, nak sejukkan hati aku kan. Sudahlah Citra... kau bohong," sindir Kembara.

"Terpulang kau nak percaya atau tak? Apa yang aku tahu, ibu sedang bekerja keras untuk membiayai pembedahan jantung kau. Kau tak sedar ke Kembara? Ibu bilang lagi, dia tak nak susahkan kau, tambahkan lagi sakit kau, nak ganti jantung kau bukan sikit duit, kalau banyak duit pun belum tentu ada jantung yang sesuai. Jadi sebelum kau merepek yang bukan-bukan, baik kau doakan kesejateraan ibu. Doa bisnes ibu untungnya lipat ganda dua. Faham!" balas Citra dengan geramnya.

"Ya ka, maafkan aku Citra. Aku tak sangka sampai begitu sayang ibu pada aku"

Akhirnya Citra dan kembara saling berpandangan. Bahang masih menembusi dinding waktu dan aku tetap setia menanti bila tiba sirna senja menampakkan serinya.

Wednesday 19 February 2014

Malam-mimpi

Mengapa harus bermimpi
Padahal telinga masih berjaga
Mengapa harus keliru
Padahal jalan belum berliku
Antara campur dan tolak
ketara bezanya
Antara tuah dan malang
sungguh bertualang
Namun hidup ini bersifir
Dikajikah tidak
Dikenalikah tidak
Antara nyata dan fantasi
Perlukah pecahannya
Haruskah tersimpan
Tanpa jawapan...
Hang Nadim Bentara Kanan
Menyisir alam di jiwa dunia..

Sunday 16 February 2014

Surat buat kekasih


Kekasihku…

Tidak ada lagi ungkapan yang lebih indah dari ungkapan yang membisik dijiwamu dan jiwaku jua. Dan aku tidak mampu membariskan lagi ayat-ayat getaran jiwa dalam persinggahan rindu ini. Kau telah menghembuskan riwayat cinta luka dipersada jiwaku yang kian kontang dengan janji-janji yang telah kau sumpahkan. Jika itulah keputusan yang telah kau buat demi kesejahteraan dirimu, aku sedia menerima akibatnya.

Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Walau aku tahu pelayaran bahtera cinta kita kian tenggelam diterjah ganas sang ombak yang tidak pernah serik dan tanpa segan silu merobekkan sedikit demi sedikit kepercayaan aku terhadap dirimu.

Lalu aku berfikir, untuk apa cemburu itu jika hanya menyakitkan hati. Aku kembali melemparkan pandangan ke ke arah laut biru... nampak tenang tapi geloranya tetap ada di situ. Begitu juga hati ini, diri ini... nampak tenang tapi geloranya hanya Dia yang mengetahuinya. Lalu ku alihkan pula pandangan ku pada pohon nyiur yang melambai, seakan kau yang sedang melambai aku dengan senyuman yang tak lekang
dari bibirmu. Angin yang menghembus menepis pipiku lembut... seakan hembusan nafasmu. `Arrr... alih-alih kenangan itu juga yang terpahat.'

Kekasih...
Aku tidak sedar dari kenalan kita lahir satu perasaan sayang aku padamu. Cinta memang tidak bisa di paksa, tak mungkin di rayu walau apa pun syaratnya. Cuma satu yang ingin ku pinta... ingatlah diri ini biarpun hanya sezarah adanya.

Bagiku kini kasih, cinta jangan di paksa, kelak diri tersiksa. Biaralah ia pergi, jika itu yang kau suka. dan telah ku relakan jiwa melepaskanmu untuk selama-lamanya.

Saturday 15 February 2014

Anak Bandar Vs Anak Kampung

Sekitar jam 2.00 petang, di hadapan sebuah pasaraya yang dikenali ramai orang di sekitar Selayang Jaya. Iaitu Selayang Mall. Ada dua anak muda duduk di anak tangga memasuki pintu masuk Selayang Mall. Seorang anak bandar dan yang seorang lagi anak kampung yang baru berhijrah ke bandar. Sedang mereka leka berbual sambil mata melilau memerhati orang ramai yang lalu lalang di situ. Tiba-tiba AB bersuara(anak bandar).

BB : "Hai bro, lama gua tak nampak lu... bro?" sambil mengangkat dan melambai tangan ke arah kawannya. Kawannya cuma mampu memberi senyuman dan berlalu pergi.

AK : "AB, kenapa kau panggil dia bro. Nama dia bro ke?" balas AK sambil memandang kawannya.

AB : "Ooooo, kat sini kalau jumpa kawan-kawan kita panggil bro." jawab AB.

Setelah agak lama, kedua-dua mereka pun pulang ke rumah masing-masing. Berjanji untuk jumpa keesokkan hari pula.

Pagi, sekitar jam 9.00. Kelihatan AK dalam keadaan murung lalu AB pun menegur.

AB : "Eh! Kenapa dengan dahi kau ni. Benjol dan lebam. Kau gaduh ke malam tadi?"

AK : "Mana ada. Semalam masa balik, aku jumpa seorang budak perempuan ni... lawa kau. Senyum dia... aduh! bergetaq jantung aku. Aku pun tegurlah dia. Hai BRA... dari mana tu. Kau tahu... sikit pun dia tak senyum kat aku, dia datang kat aku sambil pegang kasut dia. Ketuknya kepala aku. Ni... la," sambil menunjuk dahinya.

AB : "La... hoi! kawan aku cakap lelaki je panggil BRO. Yang perempuan panggil ADIK MANIS. Memang patut pun kau dapat tu."

AK : "Ye la, lelaki bro, perempuan bra... la."

AB : "Kawan... bra tu... baju kecik orang perempuan la."

AK : #*$$$$####

Hik hik hik

Suami vs Isteri

selingan sebelum solat asar dan berjimba-jimba dengan rakan-rakan seangkatan dalam bidang perniagaan.

Di dalam taman perumahan di sekitar rumah aku. Ada pasangan yang sudah pertengahan umur usia perkahwinan mereka. Pasangan bahagia. Suaminya sudah pencen manakala isterinya suri rumah sepenuh masa. Jadilah satu kisah di sini.

Suami : "Mah, agak-agak Mah lah kan... mana kita nak pergi kali ni yea, sambut ulangtahun perkahwinan kita," kata suaminya ketika mereka bersantai di ruang tamu.

Isteri : "Mah, ikut aje... kemana abang nak pergi. Lagi pun abang yang nak belanjakan," balas isterinya sambil tersenyum meleret memandang suaminya yang sedari tadi menghembuskan asap rokok tak henti-henti.

Suami : "Betul ni? kemana saja abang bawa Mah, Mah akan ikut abang. Mah tak kan marahkan abang?" jawab suami sambil bangun dari tempat duduknya. Menghampiri isterinya sambil meraih tangan isterinya.

Isteri : "Eh... abang nak bawa kemana pulak saya ni bang," tegur isteri sambil membetulkan kain batik yang disarungnya itu.

Suami : "Ke dapurlah, buatkan saya secawan kopi dan jemput-jemput ikan bilis."

Isteri : Senyum meleret tanpa kata.

Keliru dialek

Assalamualaikum.
Selingan sebelum penyair bidasari hendak menonton rancangan AJL malam ini.

Al-kisah. Sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Tinggal di sebuah rumah teres di Taman Selayang Jaya. Suaminya berasal dari pantai timur manakala isterinya pula anak jati Kuala Lumpur. `Orang Ka'el' panggil orang zaman sekarang.


Hujung minggu adalah hari bersantai bagi pasangan ini. Masih lagi dalam suasana berbulan madu. Adam bersiul-siul di luar rumah sambil mencuci Kereta Kancil  yang baru dimilikinya dua minggu lepas. Aida pula, begitu tekun  membelek helaian demi helaian Majalah Mingguan Wanita yang dibelinya semalam, di Stesen Komuter Kepong semasa menunggu kedatangan suami tercinta menjemputnya pulang dari kerja. Sedang leka menatap ruang resepi di dalam majalah itu, dia terkejut apabila suaminya sudah berada di sebelahnya dengan separuh kaki seluar jean yang dilipat hingga ke paras betis basah kuyup.

"Abang, basah-basah ni terus duduk kat sofa. Lembablah nanti sofa tu," rungut Aida.


Tanpa mempedulikan rungutan isterinya, Adam terus bersuara.


"Ayang, sibuk ke?" tegurnya sambil menarik-narik majalah yang sedang ditatap oleh cinta hatinya. 

"Taklah sangat. Kenapa abang ni?" soal Aida sambil memandang wajah kumbang yang sentiasa menemaninya siang dan malam. Seketika kemudian  matanya kembali menatap ruang resepi yang begitu menarik perhatiannya.

Adam diam, dalam masa yang sama, tangannya terus menarik-narik majalah yang dibaca oleh isterinya. Aida tidak peduli dengan perbuatan suaminya terus membelek majalah itu. Melihat sikap isterinya yang bena tak bena itu, Adam dengan kasar merampas majalah yang masih dalam pegangan isterinya. Cemburut muka Aida, lantas dia bersuara.

"Abang nak apa? Ayang nak tengok resepi tu... nanti boleh buat,"terang Aida lagi. Kembali mengambil semula majalah yang berada di dalam genggaman suaminya. Ruangan resepi dibelekya semula. Resepi Ikan Siakap Masak Lima Rasa dibaca lagi.

Wajah isterinya terus dipandang. Adam buat muka monyok. "Ayang, abang nak makan,"pinta Adam tanpa segan silu.

Aida pandang sekilas wajah monyok suaminya. Kemudian meletak semula majalah yang dibacanya tadi dan terus membidas permintaan suaminya. "Laaa, baru pukul berapa ni. Kan tengahari tadi abang dah makan. Siap tambah sampai dua kali. Ni, baru pukul berapa?" soal Aida sambil melirik pandangannya ke arah jam yang terletak di almari hiasan di ruang tamu. Kembali memandang suaminya. "Abang nak makan apa, kalau setakat goreng pisang, goreng cempedak... tu, dekat simpang depan rumah kita ni ada yang menjual. Abang beli ajalah." Sekali lagi Aida bersuara.

Adam yang duduk di sebelah isterinya mula berbicara manis sambil melaga-lagakan bahunya ke bahu isterinya yang tercinta.


"Ayang, cantik ayang hari ni. Comel."

Aida yang mendengar teguran suaminya mula mencebikkan bibirnya. Dia mengalihkan tubuhnya lalu memandang arjuna hatinya. Wajahnya di hadapkan di hadapan wajah suaminya. Dia mengerakkan kedua-dua keningnya ke atas sambil berkata.

"Yes my dear, I memang comel. Sejak dulu lagi kan. You nak apa ni, sebenarnya?" soal Aida. Masih dengan gayanya.

"Abang kan, dah lama tak makan nasi manis. Teringinlah. Boleh ayang buatkan?"

"Nasi manis? Eeee, abang ni mengada-ngadalah," balas Aida. 


"Boleh tak? Tak boleh? Tak apalah, abang buat sendiri," rajuk Adam lalu bangun menuju ke dapur. Aida juga turut membuntuti suaminya. 

"Ala, ala... majuk pula. Dahlah, tepi. Sini, I buatkan. You pergilah depan. Tengok t.v ya. Nanti dah siap, I panggil."

"Thanks my sweet love," jawab Adam. Spontan pula mengucup dahi isterinya. Tersipu malu Aida dengan tingkah laku suaminya.

Adam dengan wajah riang terus ke ruang tamu sambil menonton televisiyen. Dia membiarkan isterinya di dapur. Berangan dia akan nasi manis yang diidamkan olehnya.

Setengah jam kemudian terdengar suara isterinya memanggil. Dia menghampiri meja makan dan terkejut melihat apa yang terhidang di hadapannya.


"Ayang, ni apa?"

"Nasi manislah. I tanak nasi lepas tu I letaklah gula merah. You kata nak nasi manis kan. Itulah. Makanlah,"sambil menghulur sepiring nasi manis kepada suaminya. Kopi yang masih lagi berasap turut juga disediakan dihulurkan kepada suaminya.

Adam garu kepala. Merenung wajah isterinya. Setahu dia, selama dia membesar, nasi manis buatan emaknya berasaskan beras pulut. Kenapa yang ini kelihatan seperti nasi. Bukan kelihatan lagi, memang nasi. `Alamak... orang sini panggil Wajik,' ngomelnya dalam hati. Baru dia teringat yang isterinya orang Ka'el. Aida yang melihat sikap suaminya mula menyoal.


"Abang, kenapa. Makanlah? Tadi nak sangat makan. Dah ada depan mata, terkulat-kulat pula tengok."

"Ayang, bukan yang ni la. Maksud I, nasi manis tu, kalau tak silap I... orang Ka'el panggil WAJIK,"terang Adam sambil ketawa tak henti.

"Laaaa, kenapa You tak cakap," sambil menumbuk-numbuk manja bahu suaminya. 


Hilang selera Adam melihat isterinya berkelakuan begitu. Merona merah wajah Aida menahan malu. 

"Tak apalah, I buat lain ya,"pujuk Aida. Mula bergerak semula ke almari dapur dan mengeluarkan sebekas `tupperware' yang berisi beras pulut.

"Eh... tak payahlah. Biarlah, nanti I cari kat pasar malam ajelah. Malam ni pasar malam kan."

Aida angguk. Lalu duduk sebelah suaminya. Sebelum itu masih sempat lagi tangannya mengambil tin biskut lemak manis di dalam almari dapur. Aida hulur kepada suaminya. Adam sambut dengan senyuman.

"Biskut pun biskutlah ayang," kata Adam sambil menyambung ketawanya. Aida juga turut ketawa di sisi suaminya.

TAMAT



Pemuda Kampung dan Adik Manis

Selingan sebelum ke dapur.

Hari minggu, sekitar jam tiga petang. Seorang pemuda yang sudah sebulan tinggal bersama kawannya, pemuda bandar di Selayang Baru berkunjung ke  Pusat Membeli-belah Pakaian Hari-Hari yang terletak di Selayang Jaya. Sambil berjalan, pemuda itu telah terpandang seorang gadis manis bersama seorang lelaki sedang berbual-bual di hadapan gedung itu. Pemuda tadi yang sudah jatuh hati mula memberanikan dirinya mendekati pasangan itu. 'Emmm, bapak dia tu... tegur je lah. Mana tau, rezeki dua dalam satu. Dapat anak kenal bapak. Silap-silap terus jadi bapa mertuaku,' desahnya dalam hati.


'Bismillahhirrohmannirrohhim,' katanya perlahan sambil mula menghampiri gadis itu dan berdiri bersebelahannya lantas tanpa membuang waktu terus  menegur.

"Hai adik manis, teman ayah beli barang dapur ya. Boleh berkenalan?" soal pemuda itu.

Gadis itu tidak menjawab. Namun tegurannya hanya dibalas dengan senyuman. Sekali lagi pemuda itu menegurnya. Sebaliknya lelaki disebelah gadis itu pula yang menjawab. Namun jawapannya bukan dengan kata-kata, sebaliknya dengan wajahnya yang bengis, dia melepaskan tamparan ke pipi pemuda tersebut.

"Apahal pakcik ni? Saya cuma tegur anak pakcik je pun," balas pemuda tersebut sambil meraba-raba pipinya yang kepedihan.

"Apa kau kata? Anak aku? Kau tau dia siapa?" tanya pak cik itu lagi.

Sambil menggeleng, pemuda itu pun membalas pertanyaan pak cik tadi dengan selambanya.

"Tak tau pakcik. Siapa dia? Bukan anak pakcik ke?"

"Kalau kau nak tau, dia ni bini aku. Bini nombor tiga aku," terang pakcik itu.

Pemuda tadi hanya tertunduk malu dan berlalu pergi. Dalam hati dia berkata 'arrrhhhh, kalau begini la nasib aku... kena ketuk, kena lempang, baik aku duduk di kampung je. Tolong mak ayah menoreh. Anak Pak Mail tu pun baik ngan aku. Mak, ayah... orang nak BALIKKK'

Sekian. Moral kat sini. Jangan tegur sebarang sebab kita tak kenal siapa mereka. Berbudi bahasa pun biar kena pada tempatnya. Hik hik hik.
Nur Dila, seorang yang agak NAKAL, UNIK, RIANG, juga seorang yang DINAMIK, berINOVASI, LEMAH LEMBUT, itu tak tahu nak cakaplah. Ye ke lembutnya dan seorang yang AMANAH. Entah ye ke tidak. Tak tahu le tu.

N - NAKAL
U - UNIK
R - RIANG
D - DINAMIK
I - INOVATIF
L - LEMAH LEMBUT
A - AMANAH

Nak tergelak pun ye, penyair bidasari dapat idea lepas solat subuh tadi. Perasannya bos penyair bidasari ni kan.

Jantung, Ginjal, Hati dan Paru-paru.

Suatu hari, di waktu petang yang dingin. Hati, Jantung, Ginjal dan Paru-paru duduk bersantai di ruang tamu rumah mereka. Lalu Ginjal bertanya kepada Jantung mengenai SAYANG.

"Jantung, Sayang di mana?"

"Entahlah," jawab Jantung.

Lalu Jantung pun bertanya kepada Paru-paru.

"Paru-paru, Sayang di mana?"

Jawab Paru-paru, "tak tahulah."

Paru-paru tanyakan pula kepada Hati.

"Hati, Sayang di mana?"

Lalu Hati pun jawab, "Sayang di sini."

Ginjal, Jantung dan Paru-paru kehairanan lalu bertanya, "kenapa Sayang di hati?"

Jawab Hati, " Hati dIpilih oleh Allah untuk memiliki Sayang kerana Sayang, Hati rela menangis, Hati rela disakiti dan dilukai dan kerana Sayang juga Hati rela berkorban."

Terkedu Ginjal, Jantung dan Paru-paru. Besar sungguh pengorbananmu Hati.

Sekian, terima kasih. Sudi membaca keluhan Hati.

Thursday 13 February 2014

Memori semalam

Teringat kisah masa first time nak jumpa pakwe masa belajar kat Ikmsp.
Jam 11.00 pagi.

Dua sahabat baik Zita dan Su datang kepada aku menyampaikan pesanan dari `D'

"Boy... petang ni jam 6.00, dia tunggu kau depan stesen bas. Dia kata lagi kalau kau tak nak jumpa dia bermakna kau tak nak berkawan dengan dia?" terang Zita sambil diperhatikan Su.

"Oiii... nak kena jumpa ke? Alaaaa, kau cakapla dengan dia... kawan boleh tapi nak jumpa-jumpa ni, aku tak nak laaaa," balas Boy.

"Itu... kami tak tahu. Tapi kalau nak kami temankan, boleh aje..." balas Su pula.

"Tengoklah..."

"Mana boleh tengok-tengok? Kami nak kena bagitau kat dia pulak ni."

"Ooooo... sejak bila jadi posmen dia ni? Okaylah... tapi korang kena ikut. Jalan belakang aku."

Selepas kata setuju dicapai... hujan pula turun dengan lebatnya. Jam 5.00 patang kelas tamat. Boy, dengan cepatnya meninggalkan kelas. Cikgu Shahrin kehairanan. Boy ni... sebenarnya budak perempuan yang paling nakal dalam kelas. Hairannya semua cikgu sayangkan dia. Termasuklah Cikgu Shahrin.

"Cikgu, Boy ada date. Petang ni pukul 6.00 petang depan stesen bas. Boy suruh kami teman dia. Cikgu nak hendap dia pun boleh," balas Su.

Seperti yang dijanjikan, boy bersiap ala kadar. Biasa la... mana mahunya berbaju kurung. Seluar jeans dengan kemeja itulah yang paling selesa baginya, dahlah berselipar aje. Su dengan Zita tetap menjadi teman setia.

"Boy! Jalan tu lenggang sikit... lembut sikit." Jerit Su.

Sampai di hadapan pakcik guard, Boy pun tunjuk kad keluar masuk. Terperangjat dia sebab Cikgu Shahrin pun ada di situ.

"Boy, nak pergi mana?"

"..."

"Tu... kat stesen bas," jawab Boy tanpa selindung.

"Date dengan `D' ye?"

Boy angkat tangan sambil menunjuk dua jarinya lalu berkata..." Peace yooo". Korang tahu tak AC dalam maharaja lawak tu yang ambil kata-katanya.

Boy meneruskan perjalanannya, biasalah kan hujan baru sahaja berhenti. Jadi jalan pun agak licin tambah pula ada lopak. Dari jauh Boy sudah nampak kelibat `D' yang duduk di bangku stesen bas itu.

Boy yang agak ganas ini tidak perasan yang di hadapannya ada lopak. Terus berjalan... sekali bunyi `gedebuk'. Macam buah nangka busuk. Boy tersungkur dalam lopak tadi. Zita, Su dan Cikgu Shahrin yang mengikutnya dari belakang ketawa bagai pecah perut. Kurang asam betul. Boy dengan selamber, muka seposen bangun sambil membersihkan seluarnya yang di basahi dengan air kotor bangun dan meneruskan perjalanannya ke arah `D'. Rupanya `D' pun sedang ketawakannya.

Tapi, Boy tetap selumber... sehingga betul-betul berdiri di hadapan `D' tadi lalu berkata...

"Kita jumpa esok ajelah ye... tadi dah jatuh. Baju dan seluar habis kotor."

Selepas habis ayat terakhir, Boy ketawa tak henti. Semua yang menyaksikan kejadian itu pun turut sama ketawa. Itulah first date yang tak boleh dilupakan.

Pada Zita dan Su, terima kasih sebab kenalkan Boy dengan cinta. `D' entah dimana sekarang. Moga dia berbahagia dengan pilihan orang tuanya.

Hingga sekarang setiap kali hujan, pasti aku teringat kisah itu... di samping kisah yang lain. Budak paling nakal... memang banyak kisahnya. Hahahahahaha, sweet memory Dila.

khas buat semua teman Boy.

Maharku Untukmu


Inilah maharku untukmu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus ku serahkan
Kepada dirimu satu yang ku pilih
Maharku untukmu agung kurnia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Hanya ini yang mampu aku katakan kepadamu dan hanya itu yang kumampu berikan kepadamu.

Kejora

Aku mencari bagai nak gila
mana hilangnya kejora di dada
kata setia harus dikota
tandanya cinta sedang bertahta

Aku kembara mengejar kejora
gundah gulana luruh di jiwa
cinta bertahta harus dikota
seluruh kata bangkit setia

Wahai kejora mustika hamba
Tidur malamku tiada lena
tetap setia menanti kanda
tidur sebantal taklukkan di dada.

Kejora dinda di hamparan kanda.

Sunday 9 February 2014

Di Sudut Kamar Hatiku


Di Sudut Kamar Hati Ku
(Jamal Abdillah)

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

( korus )
Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman

Aku dan Duniaku

Aku punya dunia
duniaku sendiri
aku punya hati
tak rela untuk disakiti

Aku punya dunia
duniaku sendiri
apa guna punya cinta
hanya menambah sakit di hati

Aku, kau dan dia
Tetap sama senada
Biarpun berbeda
pada pandangan mata

Aku punya dunia
biarkan mereka berbicara
cinta dan dusta
tetap ada di mana-mana

Hanya cinta Allah
kekal selamanya.

Sayang, Cinta, Rindu dan Kasih.

Sayang...
Untuk apa mengaku sayang, 

kalau di hati berniat curang.
Cinta...
Untuk apa mengaku cinta, 

jika hanya dipandangan mata.
Rindu...
Untuk apa menyebut rindu, 

kalau sekadar biarkan di angin lalu.
Kasih...
Untuk apa berkasih kalau
sekadar manis di bibir.

ARJUNA

Duhai hati Arjuna adinda. Hilang kanda tiada bertanda. Saat tertutup jendela mata, hati terkatup tanpa suara. Mencari kasih tiada empunya. Jiwa tersiksa, tiada bermaya.

Kasihku Puteri Kesuma Dewi. Hilang kanda ada maknanya. Berpijak kanda di bumi nyata.
Tanda dikau yang kanda cinta.
Terapkan kasih setia dihati. Pasti tercipta cinta sejati. Kekal selama sehidup semati.

TUNTUNI AKU-NAHKODA KAPAL

Hidup ini bagaikan bahtera di tengah samudera, berhempas pulas mengharungi lautan luas. Namun hala tuju tetap menjadi destinasi. Langkah teratur perlu dibina, mendisiplinkan diri dengan jati diri. Tenaga perlu dipadu, usaha gigih perlu diagih agar sampai ke wawasannya.

Jika aku nahkodanya, akan aku jadikan diriku pemimpin yang amanah dan berwibawa.
Jika aku kelasinya, akan kupatuhi arahan untuk misi dan visi. Supaya sampai ke destinasi impian dan mematuhi peraturan dan nilai setia kawan, teman seperjalanan.

Tuntuni aku mencapai matlamat impian, moga menjadi kenyataan.

Aku belajar menjadi SABAR, di saat hati sering disakiti.
Aku belajar menjadi TABAH, di saat diri ini diuji berkali-kali.
Aku belajar REDHA, saat diri ini terus dibohongi.
Aku harus KUAT, kerana yakin Allah sentiasa mengujiku.

Aku akan terus meminta kepada-Nya dan mengadu kerana bagiku DIAlah sebaik-baik tempat mengadu. Pasti perjalan yang berliku ini akan ada penghujungnya. Semoga REDHA menemani sepanjang perjalanan ini dan KASIH SAYANGNYA mengahkiri langkah ini.
Aamiin.

Penyair Bidasari tetap akan sayang semua. Jangan ada benci.

PAKAI BAJU TERBALIK-KISAH BENAR


Bangun pagi sekitar jam 6.00 pagi sambil menunggu azan subuh, aku mengodek-godek tetikus sambil mengadap lappy kesayanganku. Usai solat, aku melihat bilik anak gadisku terang dengan limpahan cahaya juga bunyi muzik dari suaranya sendiri. Entah apa yang dinyanyikan pun aku tak faham. sambil menunuggu anak daraku siap, aku pula masih lagi dengan telefon bimbitku. Senyum sendirian membaca perihal rakan-rakan di laman muka buku.

Selepas menghantar anak gadisku ke sekolahnya. Aku meneruskan pemanduan ke pasar borong. Aku sendiri tidak sedar masa bila aku buka cermin tingkap aku. Sungguh tak sedar, aku menyanyi sekuat suara mengikut alunan lagu dari album Ella And The Boys. Kebetulan lampu isyarat berwarna merah. Maknanya berhentikan. Tiba-tiba ada motor di sebelahku. Seorang anak muda, menegurku...`kak! Sedap suaranya kak. Bolehlah pergi joint Kilauan Emas.' Terkejut memang terkejut... tapi buat muka selamber sambil melemparkan senyuman dengan ucapan `terima kasih dik' okay. Itu satu kes. Ada lagi satu kes.

Bila dah sampai pasar borong, parkir di tempat yang sama. Turun saja dari kereta sudah dapat senyuman manis dari penjaga kereta di situ.

"Pakcik... pagi-pagi dah senyum kat saya. Terima kasih pakcik," kataku sambil membalas senyuman.

Naik pula ke bahagian basah.

"Haloo Amoi... banyak cantik hari ini?" tegur apek udang.

Aku hanya senyum memandang apek tadi. Aku perhatikan ramai pula peniaga-peniaga di situ melemparkan senyum kepada aku. Sambil menegur aku. Aku hanya membalas dengan senyuman. Kejadian itu berlanjutan hingga ke gerai mamak yang sering aku singgah bagi mengisi perut yang kelaparan di pagi hari. Terperasan sekejap. Agaknya aku ni cun kot. Bisik hati ku. Selepas sarapan, macam biasa mamak akan kata "sudah ada orang bayar." Lagi sekali tokey kedai melemparkan senyuman.
`Lantaklah korang nak senyum kat aku. Senyum kan satu sedekah,' ngomel ku lagi.

Sampai di kedai, aku memunggah barang dari perut keretaku... sambil menuju ke gerai sahabat aku. Tiba-tiba aku di tegur oleh seorang sahabat yang kebetulan ada di gerai tersebut.

"Fazila... memang `t-shirt' yang hang pakai ni, macam ni kaa... atau hang pakai baju terbalik." tegurnya sambil tersenyum galak.

Aku pun apa lagi, belek le `t-shirt yang aku pakai tu. Ambik kau! Ya ampun... orang pakai baju terbalik kak. Patutlah dari pasar borong diaorang pakat dok senyum. Cisssssss... terburai ketawa aku. Begitu juga yang lain yang berada di gerai tersebut yang rata-rata mengenali aku.

"Lah... pergilah betulkan kat bilik belakang tu," kata kak Eda.

"Biarlah kak. Malaslah... lagi pun nak balik dah," balasku sambil menarik kerusi dan duduk mengadapnya dengan ketawa masih di bibir.

"Murah rezeki kau hari ni..." tegur kak Eda lagi.

Aku yang sudah hilang kata-kata cuma mengaminkan sahaja.

hik hik hik
lain kali kalau nak pakai baju tengok betul-betul, jangan main sarung je.

KISAH SEORANG TUA BERPAKAIAN SERBA PUTIH


Suasana petang pada hari itu agak sunyi. Saya dan pekerja yang lain leka menonton televisyen. Tiba-tiba datang seorang lelaki tua berpakaian serba putih duduk di meja makan penjuru dinding kedai saya. Saya pun pergi kepadanya dan tanya, "pak cik nak nak minum, nak makan."

Dia pandang sahaja tanpa berkata walau sepatah pun. Saya masih lagi berdiri di hadapannya. Dalam hati saya mula timbul rasa takut. Lalu saya pun mula meninggalkan dia yang masih berada di situ.

Encik suami pula ketika itu sedang leka berbual dengan sahabatnya di bengkel kereta yang mengadap kedai makan saya. Lama saya perhatikan dari jauh cara pakcik itu. Hendak kata orang gila, macam tak gila. Entahlah saya masih lagi memandang dia. Ketika sibuk saya memandang dia, encik suami pun datang dengan senyum kambingnya memarahi saya kenapa dibiarkan pak cik itu tanpa menyoal hendak makan ke atau minum. Bengkak juga hati saya ketika itu. Tapi kita sabar dan diam dan pergi lagi kepada pak cik tersebut.

Saya tanya lagi, "pak cik, pak cik... nak apa? Dah lama pak cik dok menung sini... maaf pak cik bukan nak marah pak cik, tapi tu bos saya dah marah-marah."

Pak cik tadi tetap mendiamkan dirinya. Tiba-tiba timbul idea saya, saya pergi ke meja saya, lalu saya mengambil pen dan kertas. Saya pun hulurlah kepada pak cik tadi.
Pak cik tadi memandang muka saya lagi dan akhirnya dia bersuara.

"Maafkan pak cik nak. Pak cik bukan bisu atau pekak... tapi pak cik memang nak makan dan minum, sebenarnya pak cik tak ada duit. Datang dari jauh hendak pergi rumah anak, entah mana pula cicir beg duit pak cik." katanya tiba-tiba.

"Oooooooo... emmmm, tak apalah pak cik nak makan apa? Nanti saya cakapkan dengan bos saya," balas saya.

Pak cik itu pun memesan makanan. Boleh tahan juga dia punya pesanan.

"Nasi goreng biasa, telur dadar dengan sup kosong ye, airnya... air suam dengan teh `o' panas."

Saya pun menyerahkan pesanan pak cik tadi kepada budak kerja saya. Peliknya pak cik ini tak suka bercakap. Dia diam aje. Dia pandang kanan dia pandang kiri, itu yang saya perasaanlah. Makanan pun sampai begitu juga dengan air yang dia pesan.

Dia makan dengan penuh sopan sekali. Dari jauh saya perhatikan begitu juga dengan suami saya. Takut memang takut sebab masa tu kedai saya betul-betul sunyi sangat.

Habis makan dia pun bangun dan datang menghampiri saya.

"Nak, terima kasih ya. Ihklas ya nak?"

"Ya pak cik. Sama-sama, ihklas pak cik."

Dia pun berjalan keluar... rasanya tak sampai lima minit atau sepuluh minit macam tu, saya pun bergegas keluar nak tengok kelibat pak cik tadi. Tapi sayang... kelibatnya hilang begitu saja. Puas saya berlari ke hujung jalan mecari kelibat pak cik tadi sehingga kakak yang menjual goreng pisang tadi menegur saya.

"Lah... kau cari siapa?"

"Kak, kak Syam perasan tak lelaki tua pakai baju serba putih lalu kat sini. Nampak tak?" tanyaku.

"Eh... Lah, mana ada? Kau ni mimipi apa?" balas Kak Syam.

Saya terdiam tanpa kata. Dalam hati tertanya-tanya siapakah dia.

itu aje lah kisahnya. Terima kasih sudi membaca. Mesti korang semua tertanya-tanyakan siapa orangnya. Jangan tanya saya siapa orangnya sebab saya sendiri pun tak tahu. Minta saya biarlah yang baik itu datang dari Allah.

RAJUNA HATI


Wahai Rajuna Hatiku
indah alunan suaramu
menyinari malamku
yang kian kelam di larut malam

Wahai Rajuna Hatiku
belailah daku dengan kata azimatmu
berjanjilah dengan cintaku
kita bercinta hingga ke pintu syurga
hidupkan cahaya cinta kita bersama

Wahai Rajuna Hatiku
siramlah dengan kata-kata saktimu
semoga berbunga mekar dalam
taman asmaraku
hidupkan cahaya cinta sewangi kasturi
bagi penyeri laman sanubari
kasih kita selamanya ke syurga.

Wednesday 22 January 2014

HUJAN LAGI


Hujan Lagi...

Aku rentasi hujan lagi
demi mencari sesuap nasi
mengalas perut yang tak berisi
dari malam bawa ke pagi

Mereka mungkin tak kan mengerti
mengapa ianya jadi begini
jangan di hina atau di caci
mungkin ini dugaan Ilahi

Pada mereka yang bersimpati
ku ucapkan terima kasih ikhlas di hati
semoga kalian turut di berkati
menjaga silaturrahim hingga ke mati.



nurdila91

HUJAN



Hujan...

Hujan...
kau turun lagi
membasahi bumi ini
dan aku masih di sini
mencari matlamat diri
apakah akan dapat ku penuhi
dan masih mencari apa yang di ingini...

Hujan...
bila gerimismu berhenti
mentari pastikan bersinar lagi
dan aku tetap di sini
berdiri dan mencari
sebuah harga diri
apakah dapat di penuhi
impian yang abadi
impian yang hakiki
hanya Allah yang maha mengetahui.



nurdila91

Kisah Kasih



              `Arrrr… sunyinya’ bisik Kasih.  Kasih bergerak ke jendela bilik tidurnya.  Angin yang sepoi-sepoi bahasa seakan-akan menggamit memori silamnya.  Ia muncul satu persatu dalam fikirannya.  Dedaun yang kering berterbangan ditiup angin.  Kasih terpandang kepada seorang lelaki tua bersama seorang anak kecil, sedang bermain di halaman rumah.  Mungkin cucunya.  Lantas, Kasih mula teringat cerita lama.
              Suatu hari di remang senja, kasih bersama-sama abah duduk berdua di ruang tamu. Manakala abang-abangnya dan kakaknya sibuk di bilik tidur masing-masing. Mak pula di dapur, menyediakan juadah makan malam nanti. Kasih tiba-tiba bangun dan membetulkan duduknya lalu mengadap abah. Abah kehairanan melihat perilaku Kasih.
              “Abah, awat nama adik bin dia nama lain, pasai apa tak sama dengan nama abah?” Sengaja Kasih menanyakan kepada abahnya.
              “Kasih, abah kan polis. Polis kenalah banyak nama. Polis kan nak tangkap orang jahat.” Balas abah sambil memandang Kasih.
              “Tapi… pasai apa Abang Sudin cakap kat adik, yang adik ni cuma anak pungut abah. Kutip kat tepi longkang?” Balas Kasih lagi.
              “Allah adik… Abang Sudin tu saja aja, dia nak usik adik tu.  Dah… tak mau dok pikiaq  sangat.  Jom kita pi beli satay mau…?” Jawab  abah sambil tersenyum memandang Kasih.
              Begitulah abah, setiap kali pertanyaan Kasih mengenai identitinya yang sebenar, pasti abah akan memujuknya.  Berbagai-bagai alasan akan abah berikan. Abah akan cuba menghiburkan Kasih dengan perbagai cara, sehingga Kasih lupa dan tidak lagi menyoalkan perkara tersebut.     Saban hari Kasih akan termenung memikirkannya, walaupun ketika itu umur kasih baru sahaja 8 tahun. Manakala Abang Sudin pula berusia 12 tahun.  Mungkin juga di sebabkan guru-guru memanggil nama Kasih dengan nama yang penuh, jadi tersebutlah nama ayah kandung kasih.  Mungkin di sebabkan itulah Kasih menjadi anak kecil yang sering menanyakan soalan yang sama, tak kira dengan sesiapa pun. Suatu hari, ketika berdua sahaja bersama maknya, Kasih sekali lagi bersuara.
              “Mak… mak tahu tak pasai apa nama abah adik Syamsudin, bukannya Nordin?”
              “Kasih, kan abah dah cakap… abah kerja polis.  Polis kena ada banyak nama. Supaya senang nanti hendak tangkap penjahat.”
              “Tapikan mak, Abang Sudin selalu cakap yang Kasih ni cuma anak pungut ja. Kutip kat tepi longkang?”
              “Pandai betui Abang Sudin hang kan. Nanti mak marahkan dia na?” jawab mak sambil membelai rambut Kasih.  Kasih memandang wajah maknya.  Lalu kasih memeluk maknya dan mak pula mencium kedua-dua belah pipi Kasih.
              Saban hari, saban waktu dan di setiap ketika, Abang Sudin sentiasa mencari sebab untuk membuli Kasih. Ada ketikanya, Kasih akan menangis, tak tahan dibuli oleh abangnya.   Bukan abangnya saja yang mengusik, nanti habis kawan-kawan Abang Sudin pun turut sama mengusiknya. Bila disergah oleh jiran-jiran, barulah mereka berhenti. Tidak lama kemudian, mereka mulakan lagi.  Namun begitu Kasih tetap mahu bermain bersama abang, serta kawan-kawan abangnya.
              Kasih masih ingat lagi… pernah suatu malam, ketika kasih, Kak Liya dan Abang Sudin mengaji Al-Quran di rumah tok wan yang berada di tingkat satu.  Sedang leka tok wan mengajar Kak Liya mengaji, tiba-tiba Kasih menangis sekuat hati.  Sehingga tok wan terpaksa berhenti mengajar Kak Liya mengaji.  Tergesa-gesa tok  wan dan Kak Liya datang menjenguk Kasih dan menanyakan kepadanya kenapa dia menangis.  Kak Liya pula datang memeluk Kasih, dibelainya Kasih.
              “Huu… huu… huu… Abang Sudin jahat… Abang Sudin jahat. Kasih nak habaq kat mak, kat abah. Biaq Abang Sudin kena pukui.”  Mengadu Kasih kepada tok wan.
              “Sudin! Hang mai sini… awat yang hang dok ketegaq sangat ni! Hang tau tak, ni adik hang? Yang hang sibuk dok pi kata dia anak pungut tu pasai apa? Dia ada dok usik hang ka?” marah tok wan.
              “Mana ada tok wan. Memang dia anak pungut apa? Masa mak ngan abah pi Kuala Lumpoq, perut mak kempis.  Tup, tup… bila balik mai, abah ngan mak dok dukung budak kecik.? Budak ni lah.” Jawab Abang Sudin sambil memandang Kasih dengan mata yang terbuntang besar.
              “Dah naa… Kasih, jom kita balik. Kita pi habaq kat abah naa… abah sayang kasihkan. Biaq abah pukui Abang Sudin” nasihat Kak Liya.
              Bagi Abang Sudin dia masih belum berpuas hati. Masih sempat lagi mengusik adiknya.  Di angkatnya kedua-dua tapak tangan dan di letaknya di tepi telinga.  Dikibas-kibasnya tangan ibarat telinga gajah yang sedang mengibas sambil menjerit.
              “Kasih anak pungut yeh… Kasih anak pungut yeh… jumpa tepi longkang yeh.” Diulangnya beberapa kali sehinggakan kawan-kawan Abang Sudin pun ikut sama berlagu.
              “Hang tak pa Sudin.  Hang tengok sat ni, aku habaq kat abah kot hang tak sempat nak pi menyorok kot.  Biaq hang kena pukui ngan tali pinggang hitam abah tu. Baru hang nak tau kot, hang tak ingat ka… apa abah dok pesan kat kita?” berleter Kak Liya sepanjang menaiki tangga untuk balik ke rumah kami. Kami tinggal di tingkat 3. Blok yang sama dengan tok wan.
              Sepanjang menaiki tangga, Kasih menangis tersedu-sedan.  Puas dipujuk oleh kakaknya tapi tak mahu juga Kasih berhenti menangis. Habis semua jiran menjenguk dari pintu rumah mereka.  Sampai saja di rumah dan belum sempat Kak Liya hendak memanggil mak, terdengar suara abah dari dalam bilik menjerit menanyakan kepada Kak Liya mengapa Kasih menangis.
              “Ni… awat yang dok teriak macam orang kena tibai ni.  Sapa pulak yang dok usik adik hang ni, Liya?” tanya abah.
              “Sudin abah, yang dok usik Kasih, orang dok elok-elok mengaji dia pi dok ejek Kasih.   Kasih bukan dok usik dia pun.  Dia tu dok sibuk kata Kasih anak pungut. Sampai tok wan marah pun Sudin dok ejek abah.” Ngadu kak Liya.
              Abah yang memang panas hati dengan perangai Abang Sudin terus masuk ke dalam bilik. Keluar saja dari bilik di tangan abah ada seutas tali pinggang hitam.  Tali pinggang itu, abah selalu guna bila abah berpakaian seragam polis.  Digulungnya tali pinggang itu sambil menjerit memangil Abang Sudin.  Nampak saja kelibat Abang Sudin, abah dengan lantangnya bersuara.
              “Hey… Sudin! Hang mai sini sat.  Berapa kali aku nak habaq kat hang.?  Berapa kali hang nak kena pukoi ngan aku?  Hang tak serik no… awat yang hang dok ketegaq sangat ni? Hang tau dak, Kasih tu adik hang? Bukan sesiapa pun?” Sambil menghayun tali pinggang itu ke belakang Abang Sudin.
              “Aduh… sakit abah!” Jerit Abang Sudin.
              “Abah… sakit, mak tolong Sudin mak!” Jerit Abang Sudin lagi.  Merintih suara Abang Sudin ketika itu.
              “Hang nak ejek adik hang lagi? Hang nak kata yang bukan-bukan kat dia lagi? Hang habaq mai kat aku la ni, Kasih tu sapa?” laung abah.
              Masih terdengar esakkan mak di penjuru bilik sambil berkata… “sudahlah abahnya… depa budak kecik lagi, tak tau apa-apa.”
              Kasih, walaupun masa itu masih kecil… tapi Kasih tetap dapat menangkap apa yang di maksudkan dengan `depa budak kecik lagi, tak tau apa-apa’.   Kasih menyimpan niat, satu saat akan dirungkaikan juga apa yang dimaksudkan oleh maknya itu.  Begitu juga dengan dendam Abang Sudin, sehingga kini tetap mengatakan yang dia anak `pungut’.
              Masih kuat  di ingatan Kasih, saat mak meninggal dunia.   Di mana waktu itu abah ada di sebelah mak.   Abah tundukkan mukanya dan rapatkan telinganya ke mulut mak.   Kasih melihat abah mengangguk-ngangukkan kepalanya sambil matanya tak lepas memandang Kasih.   Mak pergi ketika usia kasih 12 tahun.   Dan apa yang membuatkan Kasih berasa hairan ada sepasang suami isteri yang dari awal pagi lagi asyik leka memandang Kasih. `Isk… sapa depa tu, dari tadi dok pandang kat aku nih…’ bisik hatinya.
              Kasih juga masih ingat, seminggu selepas maknya meninggal dunia.  Suasana di rumah, masih sepi diselubungi duka dan rasa sedih.  Abah memanggil Kasih.  Terbatuk batuk abah di atas kerusi.  Selepas pemergian mak, sakit abah semakin menjadi-jadi.  Kencing manis abah ditahap kritikal.  Abah sudah tidak mampu lagi berjalan, kini abah hanya mampu duduk di atas kerusi rodanya.
              “Kasih… boleh Kasih janji dengan abah?” kedengaran sayu suara abah.
              “Janji apa abah?”
              “Janji dengan abah, besaq nanti Kasih jadi polis na. Pegawai Polis.” terbatuk-batuk abah untuk menghabiskan perkataan yang hendak disampaikan.
              “Insya Allah abah…” jawab Kasih sambil memandang abahnya.  Sedih Kasih melihat abahnya.  Dalam hati kasih berbisik `andai Kasih bukan anak abah pun, akan Kasih sayang abah sampai bila-bila.
              Hari berganti hari, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Kasih membesar sama seperti anak gadis yang lain.  Ketika umur kasih menjangkau 17 tahun, hidup Kasih seakan terbiar.  Kasih kekurangan kasih dan perhatian.  Bukan kerana kesempitan hidup, cuma terpaksa berpisah kasih.  Abah dan Abang Sudin tinggal bersama Kak Liya dan Kasih terpaksa tinggal bersama Abang Tam di utara.
              Suatu hari, Abang Tam membawa Kasih pulang menjenguk abah di rumah Kak Liya di Kuala Lumpur.  Gembira bukan kepalang Kasih, dipeluknya abah.  Menitis airmata abah begitu juga Kasih.  Sudah susut tubuh badan abah.  Sedang leka Kasih bersama abah, tiba-tiba rumah Kak Liya, didatangi sepasang suami isteri.  Kasih perhatikan dari bawah ke atas, ke atas dan ke bawah.  Kasih pandang wajah abah, seakan ada rahsia di situ.  Tiba-tiba abah bersuara.
              “Kasih… mai kat abah sat…” Kasih yang tidak jauh dari situ datang menghampiri abahnya sambil memberi senyuman kepada pasangan suami isteri tersebut.  Dalam hati Kasih terdetik `ehh… bukan depa ni ka…  yang ada sama masa mak meninggal, awat sebelum ni tak dak pun?’
              “Kasih… abah minta maaf na, mungkin apa yang abah hendak habaq kat Kasih akan mengguriskan hati dan perasaan Kasih…” sambil memandang abah memegang tanganku dengan kuat sekali.  Kasih terdiam, begitu juga yang lain. Kak Liya dan Abang Tam juga diam.  Dari jauh kelihatan Abang Sudin sedang memandang Kasih. Sinis senyumannya.
              “Abah, habaqlah.  Janganlah buat Kasih rasa bersalah dengan abah.  Abah ada rahsia,hendak beritahu Kasihkan?” Balas Kasih. Berkerut sahaja wajah abah.  Seperti besar masalah abah.  Kasih perhatikan juga pasangan suami isteri itu.  Jelas, raut wajah mereka juga kelihatan keresahan.  Rahsia apakah ini?
              “Kasih… sebenaqnya depa  berdua ini…” belum sempat abah menghabiskan ayatnya, Kasih terlebih dulu bersuara.
              “Depa ni, mak bapak Kasihkan? Depa ni, yang buang Kasihkan? Depa ni, yang buang Kasih tepi longkangkan? Selama ni, memang betoila… apa yang Abang Sudin dok habaq kat Kasihkan?” Bercucuran airmata Kasih. Tersekat-sekat suara Kasih menahan getar airmata yang mengalir. Semuanya terdiam. Ternganga mulut Abang Sudin. Entah dari mana, Kak Liya datang menghampiri Kasih, dipeluknya dan diciumnya pipi Kasih.
              “Astarafirullah Kasih… jangan dok kata lagu tu, tu semua tak betoi.” Abah kembali bersuara. “Sebenaqnya, Kasih cucu abah… dan lelaki ni… “ sambil menunjukkan lelaki yang berdiri sebelah abah, “lelaki ini anak abah dan perempuan ini pula menantu abah”  jelas abah. Penjelasan abah itu membuatkan semua yang berada di dalam rumah itu terperanjat. Termasuklah Kak Liya, Abang Long, Abang Ngah, Abang Tam dan juga Abang Sudin. Masing-masing terkejut dengan penjelasan abah.
              “Anak dengan perempuan mana pula ni abah? Arwah mak tau dak?” Tiba-tiba Kak Liya bersuara.  Abah mengganggukkan kepalanya sambil bersuara abah berkata.
              “Arwah mak hang pa tau, dan dia juga sebenaqnya isteri kedua abah.  Isteri abah yang pertama abah tinggaikan dia di Parit Buntaq, Perak.  Panjang ceritanya.  Sudahlah.  Eh! Mana pi Kasih?”
              “Kasih… Kasih…” tiba-tiba terdengar suara perempuan memanggil Kasih dari luar biliknya. `Ya Allah, mengelamun  rupanya aku…’ bisik Kasih.   Di luar biliknya, Kasih masih lagi terdengar suara perempuan memanggil namanya. `Mesti Ibu ni’ bisik Kasih lagi.  Lalu Kasih menolak kerusi rodanya, pusing dan menghala ke pintu biliknya. Dipulasnya tombol pintu bilik dan kelihatan susuk tubuh ibunya. Ibu kandungnya.
              “Kasih… cuba lihat siapa yang datang?” sambil ibu menunjukkan ke arah seorang lelaki yang berbadan tegap sedang berdiri bersebelahan ibunya dan seorang perempuan yang agak gempal badannya, berdiri di sebelah lelaki itu.
              “Kak Liya! Abang Sudin!” Jerit Kasih.  Bergegas mereka berdua menerpa ke arah Kasih pabila mendengar suara Kasih menyebut nama mereka. Berpelukan mereka sambil airmata bercucuran dari tiga saudara. Lama… setelah itu terdengar suara abang Sudin.
              “Kasih… maafkan segala kesalahan abang kepada Kasih selama ini.  Hati abang runsing kerana dibayangi kisah silam.” Terang Abang Sudin kepada Kasih.
              “Eh! Sudin.  Apa yang hang dah buat kat Kasih sampai dok minta maaf ni?” Tanya Kak Liya sambil memandang Kasih.
              “Kak Liya, kalau hang nak tau… akulah yang tolak Kasih dari tangga atas sampai jatuh ke bawah dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.”
              Ternganga mulut Kak Liya, terkejut dengan berita yang baru didengarnya.  Terdiam Kasih tidak terkata. Padahal Kasih sudah tahu dan sengaja dia tidak mahu berterus terang kepada Kak Liya.  Bimbang dendam Abang Sudin terhadapnya berpanjangan.  Kak Liya cuba mengingati kisah lima tahun yang lepas.
              “Kak Liya! Kak Liya! Cepatlah… Kasih jatuh tangga!” Jerit Abang Sudin.
              “Ya Allah Sudin, lagu mana boleh jadi macam ni. Sudah! cepat telefon ambulan.”
              Kasih dikejarkan ke Hospital Besar Kuala lumpur dan dihantar ke bahagian unit Pakar Perunding Ortopedik.  Kak Liya resah menanti di luar pintu pembedahan.  Tiba-tiba kelibat seorang doktor keluar dari bilik pembedahan.
              “Maaf, boleh saya jumpa ahli keluarga pesakit yang bernama Kasih binti Syamsudin.”
              “Ye, saya doktor.  Bagaimana dengan keadaan adik saya doktor?”
              “Maaf puan.  Saya Doktor Azmi, kami sudah melakukan yang terbaik buat adik puan.  Kejadian yang berlaku mungkin menjadi trauma kepadanya.  Buat masa ni dia masih belum sedarkan diri.  Saraf tunjangnya mengalami kecederaan yang serius yang di sebut sebagai `spinal cord injury’ yang bermaksud kecederaan sekunder, kerosakkan lanjut pada saraf tunjang selepas trauma. Ini akan menyebabkan kedua-dua kaki adik puan akan lumpuh.  Apa lagi yang harus Kak Liya lakukan, dia hanya mampu berdoa agar suatu masa nanti Kasih akan dapat berjalan seperti biasa. `Ermm, mujur abah sudah tiada…’ Bisik Kak Liya.
              Seminggu selepas kejadian, barulah Kasih sedar dari koma.  Pada awalnya Kasih menangis meratapi nasib dirinya.  Namun setelah doktor dan Kak Liya memberikan nasihat dan kata semangat buat Kasih barulah dia dapat menerima hakikat yang dia kini sudah lumpuh. 
               “Abang Sudin… Kasih sudah maafkan segalanya kesalahan yang pernah abang lakukan kepada Kasih. Sedikitpun Kasih tidak marah malah Kasih bersyukur kerana kita dapat berbaik-baik semula. Allah sudah makbulkan doa Kasih.” Balas Kasih sambil tersenyum memandang abangnya dan juga Kak Liya.
              “Ermmm… Kasih cuba tengok kat luar tu… siapa? Kata Kak Liya sambil menolak kerusi roda yang Kasih duduki.  Rupa-rupanya anak-anak buah Kasih atau mungkin juga sepupu Kasih.  Kasih memandang wajah Kak Liya minta diberikan penjelasan.  Sambil tersenyum Kak Liya bersuara.
              “Cuba Kasih pandang, apa yang ada di tangan mereka?” Kasih memandang, lalu   tersenyum sendirian.  Mengertilah Kasih kini.
              “Itu novel Kasihkan?  Saat Hati Merindu. Kak Liya beli bulan lepas. Selepas Kak Liya baca, Kak Liya dapat rasakan yang ini hasil karya Kasih.”
              “Macam mana Kak Liya boleh tahu, sedangkan tiada siapa pun yang tahu? Malah orang dalam rumah ni pun tidak tahu?”
              “Kasih, ingat tak? Kak Liya pernah jumpa diari Kasih. Kak Liya sudah pun membacanya. Tu… nama Cendrawasih tu, kan nama tu… yang Kasih selalu tulis dalam diarikan?”  
              Kasih tersenyum memandang Kak Liya, lalu dia memanggil anak buahnya atau mungkin juga sepupunya.  Mereka menghampiri Kasih dan menghulurkan kepada Kasih novel Saat Hati Merindu untuk ditandatangani olehnya.  Tersenyum Kasih.  Dalam masa yang sama abang Sudin menyuarakan keinginannya.
              “Kak Liya, apa kata kita semua pi melawat kuboq mak ngan abah kat Parit Buntaq? Rasanya sudah lama kita tak pi kan? Nanti kita habaq kat Abang Long, Abang Ngah dan Abang Tam.”
              “Okay juga tu… memandangkan Kak Liya masih lagi bercuti bolehh kita pi.  Hang talefonlah depa.   Kalau boleh esok kita pi?” Balas Kak Liya. Lalu Kak Liya meminta kebenaran dari ibu Kasih yang juga merupakan kakak ipar Kak Liya, untuk membawa Kasih bersama.   Alhamdulillah, ibu memberi kebenaran.
              Hari yang di nantikan pun tiba.  Gembira hati Kasih.  Perjalanan yang mengambil masa selama lima jam, sedikit pun tidak menjemukan Kasih.  Malah Kasih amat gembira, ya lah… selama ini semenjak kemalangan itu Kasih hanya memerap di dalam rumah sahaja.
              Abang Sudin memandu kereta, sampai sahaja di kampung tok saudara mereka… Abang Sudin terus ke tanah perkuburan.  Di parkirnya kereta di tepi jalan.  Kak Liya menurunkan Kasih sementara Abang Sudin mengambil kerusi roda Kasih.  Dari jauh kelihatan Abang Long, Abang Ngah dan Abang Tam menanti mereka.  Rupanya mereka lagi awal sampai dan bermalam di rumah Pak Su E. Anak kepada adik abah. Ini bermakna Pak Su E adalah anak buah arwah abah.
              Abang Sudin menolak kerusi roda Kasih menghampiri kubur arwah abah begitu juga arwah mak.  Kebetulan jasad mereka di kebumikan bersebelahan.  Masing-masing berdiam diri.  Membaca al-fatihah kepada kedua orang tua mereka.  Bagi Kasih pula, mereka tetap abah dan maknya walaupun hakikatnya mereka adalah datuk dan nenek Kasih.
              `Ya Allah! Sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh atok dan nenekku. Ampunkanlah dosa mereka, kasihani dan sejahterakanlah mereka, maafkanlah kesalahan mereka, muliakan kedatangan mereka, lapangkanlah kubur mereka, terimalah kebaikan mereka, hapuskanlah kesalahan mereka, dengan rahmatmu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.’ Doa Kasih.  Menitis airmata Kasih.  Rindu kasih kepada kedua orang tuanya yang sentiasa menjaganya dengan begitu baik ibarat menatang minyak yang penuh.  Tak pernah dijentik oleh atok atau neneknya.  `Arrr… kenangan akan terus terpahat di ingatan.’ Bisik Kasih.
              `Abah, Kasih minta maaf… Kasih tak dapat tunaikan janji Kasih kepada abah.  Fizikal Kasih tidak seperti dulu. Tetapi Kasih sudah dapat apa yang Kasih impikan.  Abah ingat tak, Kasih pernah bisikkan kepada abah dulu. Kalau Kasih tidak dapat menjadi seorang pegawai polis, jadi seorang penulis pun tak apakan.’
              Gerimis senja dan diselang-seli dengan hembusan angin itu seakan-akan mengerti apa yang dibisikkan oleh Kasih. Dan Kasih perasaan seperti ada yang memerhatinya lalu terdengar bisikkan suara yang berkata. ` Tidak mengapa sayang, asalkan kamu bahagia.’  Kasih terkesima.
              `Andai Kasih bukan anak abah pun, akan Kasih sayang abah sampai bila-bila.  Kasih sayang abah tetap akan Kasih kenang.  Terima kasih abah.  Terima kasih mak. Bisik Kasih di dalam hatinya.
              Sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, mereka bermalam di rumah Pak Su E semalaman. Pada malam itu juga sedikit kenduri tahlil di jayakan oleh saudara mara terdekat.  Semoga abah dan mak aman di sana.
              Saat hati merindu, pada siapa harus kudakap.

Hasil Nurkilan.
Anak Seni.
Nur Dila. 8/12/13 4.00 am.