Teringat kisah masa first time nak jumpa pakwe masa belajar kat Ikmsp.
Jam 11.00 pagi.
Dua sahabat baik Zita dan Su datang kepada aku menyampaikan pesanan dari `D'
"Boy... petang ni jam 6.00, dia tunggu kau depan stesen bas. Dia kata
lagi kalau kau tak nak jumpa dia bermakna kau tak nak berkawan dengan
dia?" terang Zita sambil diperhatikan Su.
"Oiii... nak kena jumpa ke? Alaaaa, kau cakapla dengan dia... kawan boleh tapi nak jumpa-jumpa ni, aku tak nak laaaa," balas Boy.
"Itu... kami tak tahu. Tapi kalau nak kami temankan, boleh aje..." balas Su pula.
"Tengoklah..."
"Mana boleh tengok-tengok? Kami nak kena bagitau kat dia pulak ni."
"Ooooo... sejak bila jadi posmen dia ni? Okaylah... tapi korang kena ikut. Jalan belakang aku."
Selepas kata setuju dicapai... hujan pula turun dengan lebatnya. Jam
5.00 patang kelas tamat. Boy, dengan cepatnya meninggalkan kelas. Cikgu
Shahrin kehairanan. Boy ni... sebenarnya budak perempuan yang paling
nakal dalam kelas. Hairannya semua cikgu sayangkan dia. Termasuklah
Cikgu Shahrin.
"Cikgu, Boy ada date. Petang ni pukul 6.00
petang depan stesen bas. Boy suruh kami teman dia. Cikgu nak hendap dia
pun boleh," balas Su.
Seperti yang dijanjikan, boy bersiap ala
kadar. Biasa la... mana mahunya berbaju kurung. Seluar jeans dengan
kemeja itulah yang paling selesa baginya, dahlah berselipar aje. Su
dengan Zita tetap menjadi teman setia.
"Boy! Jalan tu lenggang sikit... lembut sikit." Jerit Su.
Sampai di hadapan pakcik guard, Boy pun tunjuk kad keluar masuk. Terperangjat dia sebab Cikgu Shahrin pun ada di situ.
"Boy, nak pergi mana?"
"..."
"Tu... kat stesen bas," jawab Boy tanpa selindung.
"Date dengan `D' ye?"
Boy angkat tangan sambil menunjuk dua jarinya lalu berkata..." Peace
yooo". Korang tahu tak AC dalam maharaja lawak tu yang ambil
kata-katanya.
Boy meneruskan perjalanannya, biasalah kan hujan
baru sahaja berhenti. Jadi jalan pun agak licin tambah pula ada lopak.
Dari jauh Boy sudah nampak kelibat `D' yang duduk di bangku stesen bas
itu.
Boy yang agak ganas ini tidak perasan yang di hadapannya
ada lopak. Terus berjalan... sekali bunyi `gedebuk'. Macam buah nangka
busuk. Boy tersungkur dalam lopak tadi. Zita, Su dan Cikgu Shahrin yang
mengikutnya dari belakang ketawa bagai pecah perut. Kurang asam betul.
Boy dengan selamber, muka seposen bangun sambil membersihkan seluarnya
yang di basahi dengan air kotor bangun dan meneruskan perjalanannya ke
arah `D'. Rupanya `D' pun sedang ketawakannya.
Tapi, Boy tetap selumber... sehingga betul-betul berdiri di hadapan `D' tadi lalu berkata...
"Kita jumpa esok ajelah ye... tadi dah jatuh. Baju dan seluar habis kotor."
Selepas habis ayat terakhir, Boy ketawa tak henti. Semua yang
menyaksikan kejadian itu pun turut sama ketawa. Itulah first date yang
tak boleh dilupakan.
Pada Zita dan Su, terima kasih sebab
kenalkan Boy dengan cinta. `D' entah dimana sekarang. Moga dia
berbahagia dengan pilihan orang tuanya.
Hingga sekarang setiap
kali hujan, pasti aku teringat kisah itu... di samping kisah yang lain.
Budak paling nakal... memang banyak kisahnya. Hahahahahaha, sweet memory
Dila.
khas buat semua teman Boy.
No comments:
Post a Comment